بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sudah-sudahlah tu menangis meratapi yang sudah pergi.
Sudah-sudahlah tu berbuat maksiat setiap hari.
Sudah-sudahlah tu melakukan benda lagha dan melalaikan diri.
Sudah-sudahlah tu memandang perempuan cantik tanpa henti.
Sudah-sudahlah tu khuatirkan masa depan yang belum pasti.
Sudah-sudahlah tu tidak berbuat baik kepada ahli keluarga sendiri.
Sudah-sudahlah tu tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Sudah-sudahlah tu tidak redha dengan apa yang terjadi.
Sudah-sudahlah tu tinggalkan solat lima waktu.
Sudah-sudahlah tu menjadikan al-Quran berdebu, tidak tersentuh.
Sudah-sudahlah tu menayangkan kecantikan pada bukan suamimu.
Sudah-sudahlah tu mengabaikan perintah Allah dan sunnah nabimu.
Sudah-sudahlah tu menayangkan kebahagiaan di sosial media.
Sudah-sudahlah tu melawan cakap ibu bapa.
Sudah-sudahlah tu mengeluh dan mengadu domba pada manusia.
Sudah-sudahlah tu tidak menutup aurat dengan sempurna.
Sudah-sudahlah tu bermalas-malasan dalam beribadah.
Sudah-sudahlah tu memungkiri janji tanpa rasa bersalah.
Sudah-sudahlah tu bergaduh dan tidak bertegur sapa.
Sudah-sudahlah tu berpaling dari Allah untuk sekian lama.
Sudah-sudahlah tu berhutang sana sini dan tidak mahu membayarnya.
Sudah-sudahlah tu mencuri hak orang lain tanpa rasa berdosa.
Sudah-sudahlah tu berhutang sana sini dan tidak mahu membayarnya.
Sudah-sudahlah tu mencuri hak orang lain tanpa rasa berdosa.
Sudah-sudahlah tu menyakitkan hati orang lain.
Sudah-sudahlah tu mengumpat dan mengaibkan orang lain.
Sudah-sudahlah tu dengki dengan nikmat yang ada pada orang lain.
Sudah-sudahlah tu mengintai-intai kesalahan orang lain.
Sudah-sudahlah tu merampas pasangan orang lain.
Sudah-sudahlah tu membiarkan diri terus dalam kejahilan.
Sudah-sudahlah tu berdendam sehingga tidak memaafkan.
Sudah-sudahlah tu berlengah-lengah dalam melakukan kebaikan.
Sudah-sudahlah tu membiarkan diri dipengaruhi dengan kemaksiatan.
Sudah-sudahlah tu menuruti nafsu yang jahat dan bisikan syaitan.
Sudah-sudahlah tu memanggil orang dengan seburuk-buruk panggilan.
Sudah-sudahlah tu berlengah-lengah dalam melakukan kebaikan.
Sudah-sudahlah tu membiarkan diri dipengaruhi dengan kemaksiatan.
Sudah-sudahlah tu menuruti nafsu yang jahat dan bisikan syaitan.
Sudah-sudahlah tu memanggil orang dengan seburuk-buruk panggilan.
Sudah-sudahlah tu curangi pasangan sendiri di belakang.
Sudah-sudahlah tu mengejar dunia tapi mengetepikan akhirat.
Sudah-sudahlah tu bertangguh-tangguh dalam bertaubat.
Sudah-sudahlah tu berharap pada manusia dan bukan pada Allah.
Sudah-sudahlah tu berputus asa dari rahmat Allah.
*
Jum? Jum kita berhijrah. Menjadi hamba Allah yang terbaik dan penuh manfaat. Lillahi ta'ala.