بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Orang lain "mandi tak basah, makan tak kenyang" dek cinta, tapi kami "mandi tak basah, makan tak kenyang, jiwa bergelora, jantung tak tenang, duduk tak diam" dek result exam yang bakal diisytiharkan.
Kita sudah berusaha buat yang terbaik dalam exam, study group sampai nak loya, stay up sampai jadi penguin, bersaksikan bulan dan semut-semut kerana pinggan tak basuh sampai seminggu. Eh, adakah? Okay, enough mengarut.
Setelah berusaha, kita kena bertawakkal yang seiring dengan doa. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu kita untuk dapatkan keputusan yang terbaik. Jadi di sini, saya ingin berkongsikan antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan sebelum membuka laman web untuk check result.
1. Solat Hajat 12 Rakaat
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka'at." (Riwayat At-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka'at." (Riwayat At-Tirmizi)
Hadits Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Siapa yang berwudhu dan sempurna wudhunya, kemudian solat dua raka'at (Solat Hajat) dan sempurna raka'atnya maka Allah akan berikan apa yang ia pinta cepat atau lambat." (Riwayat Ahmad)
Kita mempunyai hajat yang besar, iaitu 4 flat. Walaupun bunyi macam mustahil, tapi tiada yang mustahil bagi Allah. Mintalah pada Allah agar kita diberikan kejayaan yang besar seiring dengan keimanan dan ketawadukan. Tiada guna minta berjaya, tapi end up jadi orang yang lupa pada Allah. Sebaik sahaja habis solat hajat, mohonlah apa yang ingin dihajatkan, dan mohonlah secara spesifik, sebutlah satu persatu subjek yang kita ambil itu dengan bersungguh-sungguh, walaupun pada hakikatnya Allah Maha Mengetahui.
"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ"
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(QS. Al-Baqarah: 153)
2. Baca Surah Yasin
Ibnu Katsir menyebutkan dari sebahagian ulama, "Di antara keistimewaan surah Yasin ini bahawa jika surah tersebut dibaca maka urusan yang sulit akan dimudahkan oleh Allah. Sehingga kalau dibacakan pada orang yang akan meninggal dunia, maka akan datang rahmat dan berkah, juga akan memudahkan keluarnya ruh. Wallahu'alam." (Tafsir Al-Quran Al-'Azim, 6:326)
Dengan membaca yasin dan mengamati makna-makna, insya Allah hati kita akan jadi lebih tenteram dan bertambah yakin dan tawakkal pada Allah. Daripada tak leh duduk diam sebab neves, then gigit-gigit kuku sebab takut tengok result, lebih baik kita membuka al-Quran dan membaca kalam-kalamNya yang suci.
"الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ"
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingati) Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(QS Ar-Ra'du: 28)
3. Istighfar 1000 kali
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
"Maka Aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."
(QS Nuh: 10 -12)
Istighfar adalah pembuka rezeki dan solusi kepada masalah. Kadang disebabkan dosa kita, rezeki kita tersekat. Oleh itu, memohon ampun kepada Allah sebelum check result, semoga Allah akan meluaskan rezeki kita dengan memberikan kita 4 flat. Sekali lagi, tiada yang mustahil bagi Allah.
We do our best, let Allah do the rest.
Akhir kata, berusaha sekuat mana pun kita untuk dapatkan keputusan yang terbaik, Allah jua lah tempat kita bergantung harapan dan memohon. Result bukanlah segalanya. Tapi bukan alasan untuk kita tidak buat yang terbaik. Kerana study itu juga jihad. Kalau kita pernah terpeleot sebelum ni, jangan putus harapan. Kerana yang terbaik itu selalunya datang di kemudian hari. Mungkin bukan hari ini, tapi akan datang. Kan? So, keep hoping guys. :)
< Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh >
No comments:
Post a Comment