بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Apabila orang diberitahu "hidup ini tidak lama", orang itulah yang memilih sama ada mahu hidup berfoya-foya di dunia dengan memegang prinsip "enjoy your life cause you only live once" atau beramal untuk persediaan akhirat dengan memegang prinsip "sacrifice your life cause you will live there (akhirah) forever". You are what you choose to be.
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan (jiwa)nya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya."
(Surah As-Syams, 91: 8-10)
Apabila orang diberikan nasihat ke arah kebaikan, orang itulah yang memilih sama ada mahu mendengarnya lalu mengamalkan atau menutup telinga lalu mengabaikan. You are what you choose to be.
"Oleh sebab itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran. Dan orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya."
(Surah Al-A'la, 87:9-11)
Apabila orang berhijrah ke tempat yang baru, orang itulah yang memilih sama ada mahu dipengaruhi untuk berbuat maksiat atau mempengaruhi untuk berbuat kebajikan. You are what you choose to be.
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)."
(Surah Al-An'am, 6:116)
Apabila orang terlalu gusar dengan masalah dunia, orang itulah yang memilih sama ada mahu mencari ketenangan dengan kemaksiatan dan kelalaian atau mencari ketenangan dengan mengingati Allah (solat, membaca al-Quran dan zikrullah). You are what you choose to be.
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar-Ra'd,13:28)
Apabila orang melihat nikmat yang Allah berikan kepada orang lain, orang itulah yang memilih sama ada mahu dengki dengan apa yang mereka miliki, atau mahu mensyukuri nikmat yang sudah diperolehi. You are what you choose to be.
"Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal."
(Surah Taha, 20:131)
Apabila orang sedar yang dia tidak tahu banyak perkara, orang itulah yang memilih sama ada mahu membiarkan dirinya terus menerus dalam kejahilan, atau berusaha untuk mencari dan menimba ilmu yang bermanfaat. You are what you choose to be.
"Jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup manahan peritnya kebodohan."
Imam Syafie Rahimahullah
Allahu'alam Bissowab. Semoga bermanfaat untuk diri ini dan yang lain.
<Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh>
No comments:
Post a Comment