بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"Macam mana orang lain boleh tulis 100 goals tu? Saya baru tulis 10 goals pun dah tersangkut...."
"Berapa minggu lah tu orang lain tulis 100 goals agaknya? Saya tulis 10 goals pun dah mengambil masa 1 minggu...."
"Malas ar nak tulis 100 goals, buang masa...."
Siapa yang menghadapi masalah yang sama seperti di atas? Suka untuk saya berkongsikan pengalaman saya, saya mula untuk menulis 100 goals setiap tahun sejak 3 tahun yang lepas. Tidak banyak goal yang tercapai sebelum ni, tak silap saya kurang daripada 10 goal yang tercapai sepanjang setahun. Haha, memalukan betul. Apabila saya kaji...kaji... dan kaji, saya perasan betapa banyak kesilapan saya dalam membuat 100 goal pada tahun-tahun lepas.
Oleh itu, dalam blog kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana cara penulisan 100 goals yang saya buat untuk tahun 2018 ni. Setakat ini, saya sudah berjaya capai 11 goals dalam tempoh 1 bulan 17 hari. Alhamdulillah.
A. Pecahkan goals kepada beberapa kategori
Kalau saya, saya pecahkan kepada TUJUH kategori.
- Study
- Spiritual
- Economy
- Physical
- Skill
- Travel
- Personal
Kenapa perlu pecahkan beberapa kategori? Sebab lebih teratur, berfokus dan tidak memeningkan. Sekiranya anda campurkan semua kategori, besar kemungkinan untuk anda tidak mampu menulis lebih daripada 10 goal atau terlepas sesuatu goal yang penting. Sekiranya anda ingin mengetahui contoh setiap kategori, sila komen. Insya Allah saya akan membuat blog lain yang lebih terperinci berkenaan kategori tersebut.
B. Tuliskan goal yang ingin dicapai dalam tempoh setahun sahaja
Saya ingat lagi waktu SPM 2011 dulu, saya pernah menulis 10 goal. 3 dari 10 sudah tercapai. Lagi 7 goal yang lain adalah goal jangka masa yang panjang, seperti naik haji. Apabila tulis goal jangka masa panjang, besar kemungkinan ia akan membuatkan kita patah harapan dan tidak bersemangat untuk mengejar goal tersebut. Seolah-olah benda tu mustahil, padahal ianya TIDAK MUSTAHIL.
Apabila berfokuskan goal dalam tempoh setahun,
- kita boleh atur dan buat perancangan yang lebih realistik sesuai dengan status kewangan dan status diri (bujang atau dah berkahwin, belajar atau dah bekerja dan sebagainya)
- tidak rasa terlalu lama untuk mencapai goal tersebut
- kebarangkalian untuk goal tercapai lebih tinggi
- hidup dalam tempoh setahun akan lebih bermisi dan ada tujuan
C. Tuliskan goal yang spesifik
Spesifik ni maksudnya kena tulis dengan detail. Antara goal yang tidak spesifik adalah:
Spesifik ni maksudnya kena tulis dengan detail. Antara goal yang tidak spesifik adalah:
- Aku mahu kaya. Kaya dengan apa? Kaya dengan budi pekerti atau kaya dengan duit? Atau roti kaya?
- Aku mahu berjaya. Berjaya dalam apa? Berjaya dalam membeli telefon Iphone? Atau berjaya dalam menghafal 30 juzuk Al-Quran? Atau berjaya parking kereta?
- Aku mahu cantik. Cantik wajah? Atau cantik akhlak?
- Aku mahu berduit. Duit apa? Syiling atau kertas? Berapa banyak? RM1? RM100? Atau RM10,000?
Apabila kita menulis dengan spesifik, barulah sesuatu goal itu mempunyai kayu ukur yang lebih tepat dan terperinci serta mudah ditentukan sama ada berjaya dicapai ataupun tidak. Barulah tidak tergantung sepi.
Antara contoh goal yang spesifik adalah seperti berikut:
- menghasilkan sebuah buku yang berkaitan tentang motivasi.
- mengumpul duit sebanyak RM10,000 dalam masa tempoh setahun.
- mengembara ke Korea selama seminggu
- menghafaz Juzuk Amma dalam tempoh 5 bulan
- mendapat 4 flat untuk sem satu dan dua
Ini sahaja 3 tips mudah daripada saya tentang bagaimana menulis 100 goals! Hehe. Menulis goal tidak mengira waktu dan tidak terbatas pada bulan Januari sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Tulislah goal anda sekarang dan saksikan sendiri bagaimana impian anda menjadi kenyataan dengan izin Allah. Amin.
Sharekan blog ini agar tiada siapa yang terlepas dalam membuat 100 goals! Jazakumullah, guys! ^_^
Sharekan blog ini agar tiada siapa yang terlepas dalam membuat 100 goals! Jazakumullah, guys! ^_^
Terima kasih utk info 👍🏻✨ boleh ke nak cth setiap kategori tuu? 🤭
ReplyDelete