Friday, 16 February 2018

HOW TO WRITE 100 GOALS (MALAY)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ




"Macam mana orang lain boleh tulis 100 goals tu? Saya baru tulis 10 goals pun dah tersangkut...."

"Berapa minggu lah tu orang lain tulis 100 goals agaknya? Saya tulis 10 goals pun dah mengambil masa 1 minggu...."

"Malas ar nak tulis 100 goals, buang masa...."



Siapa yang menghadapi masalah yang sama seperti di atas? Suka untuk saya berkongsikan pengalaman saya, saya mula untuk menulis 100 goals setiap tahun sejak 3 tahun yang lepas. Tidak banyak goal yang tercapai sebelum ni, tak silap saya kurang daripada 10 goal yang tercapai sepanjang setahun. Haha, memalukan betul. Apabila saya kaji...kaji... dan kaji, saya perasan betapa banyak kesilapan saya dalam membuat 100 goal pada tahun-tahun lepas. 

Oleh itu, dalam blog kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana cara penulisan 100 goals yang saya buat untuk tahun 2018 ni. Setakat ini, saya sudah berjaya capai 11 goals dalam tempoh 1 bulan 17 hari. Alhamdulillah. 


A. Pecahkan goals kepada beberapa kategori

Kalau saya, saya pecahkan kepada TUJUH kategori. 
  1. Study 
  2. Spiritual
  3. Economy
  4. Physical
  5. Skill
  6. Travel
  7. Personal
Kenapa perlu pecahkan beberapa kategori? Sebab lebih teratur, berfokus dan tidak memeningkan. Sekiranya anda campurkan semua kategori, besar kemungkinan untuk anda tidak mampu menulis lebih daripada 10 goal atau terlepas sesuatu goal yang penting. Sekiranya anda ingin mengetahui contoh setiap kategori, sila komen. Insya Allah saya akan membuat blog lain yang lebih terperinci berkenaan kategori tersebut.


B. Tuliskan goal yang ingin dicapai dalam tempoh setahun sahaja 

Saya ingat lagi waktu SPM 2011 dulu, saya pernah menulis 10 goal. 3 dari 10 sudah tercapai. Lagi 7 goal yang lain adalah goal jangka masa yang panjang, seperti naik haji. Apabila tulis goal jangka masa panjang, besar kemungkinan ia akan membuatkan kita patah harapan dan tidak bersemangat untuk mengejar goal tersebut. Seolah-olah benda tu mustahil, padahal ianya TIDAK MUSTAHIL. 

Apabila berfokuskan goal dalam tempoh setahun, 
  • kita boleh atur dan buat perancangan yang lebih realistik sesuai dengan status kewangan dan status diri (bujang atau dah berkahwin, belajar atau dah bekerja dan sebagainya)
  • tidak rasa terlalu lama untuk mencapai goal tersebut
  • kebarangkalian untuk goal tercapai lebih tinggi 
  • hidup dalam tempoh setahun akan lebih bermisi dan ada tujuan


C. Tuliskan goal yang spesifik

Spesifik ni maksudnya kena tulis dengan detail. Antara goal yang tidak spesifik adalah:

  • Aku mahu kaya. Kaya dengan apa? Kaya dengan budi pekerti atau kaya dengan duit? Atau roti kaya?
  • Aku mahu berjaya. Berjaya dalam apa? Berjaya dalam membeli telefon Iphone? Atau berjaya dalam menghafal 30 juzuk Al-Quran? Atau berjaya parking kereta?
  • Aku mahu cantik. Cantik wajah? Atau cantik akhlak? 
  • Aku mahu berduit. Duit apa? Syiling atau kertas? Berapa banyak? RM1? RM100? Atau RM10,000?

Apabila kita menulis dengan spesifik, barulah sesuatu goal itu mempunyai kayu ukur yang lebih tepat dan terperinci serta mudah ditentukan sama ada berjaya dicapai ataupun tidak. Barulah tidak tergantung sepi. 

Antara contoh goal yang spesifik adalah seperti berikut:
  • menghasilkan sebuah buku yang berkaitan tentang motivasi.
  • mengumpul duit sebanyak RM10,000 dalam masa tempoh setahun. 
  • mengembara ke Korea selama seminggu
  • menghafaz Juzuk Amma dalam tempoh 5 bulan 
  • mendapat 4 flat untuk sem satu dan dua




Ini sahaja 3 tips mudah daripada saya tentang bagaimana menulis 100 goals! Hehe. Menulis goal tidak mengira waktu dan tidak terbatas pada bulan Januari sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Tulislah goal anda sekarang dan saksikan sendiri bagaimana impian anda menjadi kenyataan dengan izin Allah. Amin.

Sharekan blog ini agar tiada siapa yang terlepas dalam membuat 100 goals! Jazakumullah, guys! ^_^






Friday, 9 February 2018

Amalan Sebelum Mendapatkan Keputusan Peperiksaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Image result for do your best , let allah do the rest

Orang lain "mandi tak basah, makan tak kenyang" dek cinta, tapi kami "mandi tak basah, makan tak kenyang, jiwa bergelora, jantung tak tenang, duduk tak diam" dek result exam yang bakal diisytiharkan. 

Kita sudah berusaha buat yang terbaik dalam exam, study group sampai nak loya, stay up sampai jadi penguin, bersaksikan bulan dan semut-semut kerana pinggan tak basuh sampai seminggu. Eh, adakah? Okay, enough mengarut.

Setelah berusaha, kita kena bertawakkal yang seiring dengan doa. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu kita untuk dapatkan keputusan yang terbaik. Jadi di sini, saya ingin berkongsikan antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan sebelum membuka laman web untuk check result.


1. Solat Hajat 12 Rakaat 

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka'at." (Riwayat At-Tirmizi)

Hadits Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Siapa yang berwudhu dan sempurna wudhunya, kemudian solat dua raka'at (Solat Hajat) dan sempurna raka'atnya maka Allah akan berikan apa yang ia pinta cepat atau lambat." (Riwayat Ahmad)

Kita mempunyai hajat yang besar, iaitu 4 flat. Walaupun bunyi macam mustahil, tapi tiada yang mustahil bagi Allah. Mintalah pada Allah agar kita diberikan kejayaan yang besar seiring dengan keimanan dan ketawadukan. Tiada guna minta berjaya, tapi end up jadi orang yang lupa pada Allah. Sebaik sahaja habis solat hajat, mohonlah apa yang ingin dihajatkan, dan mohonlah secara spesifik, sebutlah satu persatu subjek yang kita ambil itu dengan bersungguh-sungguh, walaupun pada hakikatnya Allah Maha Mengetahui.


"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ"

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. 
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(QS. Al-Baqarah: 153)

2. Baca Surah Yasin

Ibnu Katsir menyebutkan dari sebahagian ulama, "Di antara keistimewaan surah Yasin ini bahawa jika surah tersebut dibaca maka urusan yang sulit akan dimudahkan oleh Allah. Sehingga kalau dibacakan pada orang yang akan meninggal dunia, maka akan datang rahmat dan berkah, juga akan memudahkan keluarnya ruh. Wallahu'alam." (Tafsir Al-Quran Al-'Azim, 6:326)

Dengan membaca yasin dan mengamati makna-makna, insya Allah hati kita akan jadi lebih tenteram dan bertambah yakin dan tawakkal pada Allah. Daripada tak leh duduk diam sebab neves, then gigit-gigit kuku sebab takut tengok result, lebih baik kita membuka al-Quran dan membaca kalam-kalamNya yang suci. 

"الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ"

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingati) Allah. 
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(QS Ar-Ra'du: 28)

3. Istighfar 1000 kali


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

"Maka Aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." 
(QS Nuh: 10 -12)

Istighfar adalah pembuka rezeki dan solusi kepada masalah. Kadang disebabkan dosa kita, rezeki kita tersekat. Oleh itu, memohon ampun kepada Allah sebelum check result, semoga Allah akan meluaskan rezeki kita dengan memberikan kita 4 flat. Sekali lagi, tiada yang mustahil bagi Allah. 


We do our best, let Allah do the rest.


Akhir kata, berusaha sekuat mana pun kita untuk dapatkan keputusan yang terbaik, Allah jua lah tempat kita bergantung harapan dan memohon. Result bukanlah segalanya. Tapi bukan alasan untuk kita tidak buat yang terbaik. Kerana study itu juga jihad. Kalau kita pernah terpeleot sebelum ni, jangan putus harapan. Kerana yang terbaik itu selalunya datang di kemudian hari. Mungkin bukan hari ini, tapi akan datang. Kan? So, keep hoping guys. :)


< Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh >

Sudah-sudahlah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Sudah-sudahlah tu menangis meratapi yang sudah pergi.  Sudah-sudahlah tu berbuat maksiat...